Perubahan Tidak Dijangka pada Baki Akaun "To Settle"? Ikuti Langkah Berikut.
Kelewatan pengemaskinian maklumat sistem dalam beberapa hari yang lalu telah menyebabkan kesilapan pada paparan penyata kewangan melibatkan beberapa Penjual di TikTok Shop. Jika anda mengalami perubahan yang tidak dijangka pada baki "Untuk Diselesaikan" ("To Settle"), sila ambil maklum bahawa jumlah tersebut seharusnya dapat dilihat di tab "Pendapatan" ("Earnings") (tambahkan semua transaksi dari 13 Disember hingga 15 Disember), setelah menolak jumlah daripada pesanan yang tidak berjaya.



Untuk melihat pesanan dan transaksi individu secara terperinci:
- Langkah #1: Di Seller Center, akses Finance > Withdrawal (https://seller-my.tiktok.com/finance/withdraw-new), kemudian pilih “Earnings”. Tetapkan tarikh bermula dari 13 Disember 2024 hingga 15 Disember 2024. Kira jumlah keseluruhan pendapatan.

- Langkah #2: Perubahan baki daripada "To Settle" sepatutnya dapat dilihat dalam pengiraan "Earnings" di atas.
- Langkah #3: Jika kedua-dua jumlah tidak sepadan, sila hantarkan tiket kepada TikTok Shop melalui langkah berikut:
- Akses Pusat Bantuan melalui pautan ini: https://seller-my.tiktok.com/ticket?shop_region=MY
- Langkah-langkah: Pusat Bantuan > Log Tiket > Hubungi Kami > Isikan Butiran Yang Diperlukan untuk Tiket > Klik Hantar.
- Selepas dihantar, penjual boleh menyemak status tiket mereka daripada Log Tiket di bawah Pusat Bantuan.
Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang dihadapi. Terima kasih atas kesabaran dan kefahaman anda.
Soalan Lazim (FAQ)
- Apakah perbezaan antara "To Settle" ("Untuk Diselesaikan") dan "Settled" ("Telah Diselesaikan")?
Setiap transaksi di TikTok Shop akan direkodkan secara automatik di bahagian "To Settle" ("Untuk Diselesaikan") pada halaman transaksi. Transaksi ini termasuk pesanan yang mungkin dibatalkan/dipulangkan, dan tidak mencerminkan jumlah bersih yang akan diterima.
Selepas pesanan selesai, jumlah bersih daripada pesanan tersebut akan didebit daripada "To Settle" ("Untuk Diselesaikan") dan dikreditkan ke bahagian "Settled" ("Telah Diselesaikan").

- Mengapa jumlah "Earnings" ("Pendapatan") dan "Available Withdrawals" ("Jumlah Boleh Dikeluarkan") berbeza?

- "Earnings" ("Pendapatan") (bersamaan dengan "Settled" ("Telah Diselesaikan")) ialah jumlah pendapatan yang telah diperoleh penjual. Jumlah ini boleh dilihat di Seller Center.
- "Withdrawals" ("Pengeluaran") ialah jumlah yang telah dikreditkan ke akaun bank penjual. Bagi penjual yang mengaktifkan "Automatic Withdrawals" ("Pengeluaran Automatik"), jumlah ini akan dikreditkan ke akaun bank setiap hari Rabu.
- "Available to Withdraw" = "Earnings" (atau "Settled") - "Withdrawals"
- Rujukan:
- (Jika penjual menggunakan telefon) Mengapa jumlah "Settled" ("Telah Diselesaikan") tidak mencerminkan perubahan tersebut?
- Penjual dinasihati untuk menggunakan versi web berdasarkan panduan di atas untuk rujukan yang lebih mudah.
- Sila rujuk tab "Earnings" ("pendapatan") melalui langkah-langkah di atas.