Cara menyediakan perniagaan anda untuk Hari Jualan Mega

Adakah perniagaan anda sudah sedia untuk jualan mega? Gunakan senarai semak ini untuk bersedia menghadapi salah satu tempoh beli-belah yang paling sibuk dalam setahun: 1. Petua untuk meningkatkan jualan Kedai TikTok semasa tempoh beli-belah kemuncak a. Kemas kini halaman butiran produk TikTok anda dan membuat halaman tersebut menarik kepada pembeli semasa Hari Jualan Mega (cth. Sertakan senarai penuh hadiah percuma atau promosi). b. Kemas kini dan tambah baik profil dan halaman kedai TikTok anda, membuat halaman tersebut lebih relevan dan menarik semasa Hari Jualan Mega (cth. Sertakan maklumat penting dalam penerangan profil anda, seperti diskaun seluruh kedai, penghantaran percuma, jadual penstriman langsung yang akan datang). c. Semak harga pesaing untuk mengekalkan daya saing harga anda dan tarikan kepada pembeli. d. Tambah tawaran promosi untuk produk yang anda iklankan untuk mendorong lebih banyak tindakan tambah kepada troli dan pembelian.2. Tunjukkan kreativiti anda melalui kandungan TikTok anda a. Mula merancang, merakam dan menyunting kandungan anda sebelum Hari Jualan Mega bermula. i. Sebaik-baiknya, sediakan 2-3 bahan kreatif untuk digunakan bagi setiap produk yang anda rancang untuk pamerkan. i. Mula mencanangkan tentang produk anda sebelum Hari Jualan Mega, termasuklah iklan pendek dan juga sorak pinta selepas itu (sasarkan untuk membuat penyiaran 2-5 bahan kreatif setiap hari). b. Kekalkan sifat relevannya! Buatkan kandungan anda berkaitan dengan Hari Jualan Mega (cth. berikan tumpuan pada promosi Jualan Mega dan jadual SIARAN LANGSUNG TikTok Jualan Mega anda yang akan datang, gunakan kesan video yang berkenaan). c. Perlukan idea kandungan untuk bermula? Semak di sini: https://ads.tiktok.com/business/creativecenter/inspiration/topads/pc/en?object=143. Sekarang ialah masa untuk melakukan SIARAN LANGSUNG di TikTok a. Masih belum melakukan SIARAN LANGSUNG di TikTok? Sekarang ialah masa yang terbaik! i. Cuba lakukan SIARAN LANGSUNG sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum Hari Jualan Mega bermula sebagai latihan untuk anda. Ia juga membolehkan anda mendapatkan pandangan, mengetahui cara yang berkesan atau tidak berkesan dengan penonton anda, dan membetulkan permasalahan logistik. b. Mula merancang SIARAN LANGSUNG TikTok anda lebih awal untuk Hari Jualan Mega. i. Sediakan latar belakang atau tirai latar anda, dan rancang untuk melakukan SIARAN LANGSUNG secara berkala dan kerap. Contohnya, cuba untuk pastikan SIARAN LANGSUNG berjalan selama 2 jam setiap kali dan lakukan SIARAN LANGSUNG sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu pada masa yang sama setiap kali. ii. Pada Hari Jualan Mega, kami mencadangkan agar anda melakukan sesi SIARAN LANGSUNG yang lebih lama bagi mengekalkan kehadiran anda dan mendorong penglibatan dengan kumpulan pembeli berpotensi yang lebih besar yang melawat TikTok. c. Pastikan anda mempunyai segala yang diperlukan untuk membuat SIARAN LANGSUNG semasa Hari Jualan Mega. i. Adakah anda memerlukan pengacara untuk SIARAN LANGSUNG? Dapatkan pencipta sebelum Hari Jualan Mega bermula. ii. Di sebalik tabir, pastikan anda mendapat bantuan yang diperlukan untuk membuat SIARAN LANGSUNG TikTok anda.Bersedialah dari sekarang