Kandungan Perjudian
Untuk mematuhi peraturan tempatan dan menggalakkan perlindungan pengguna, kami mengawal aktiviti berdasarkan permainan di platform kami dengan ketat. Harap maklum bahawa perjudian dan penggunaan teknik gamifikasi (yang mengandungi unsur peluang) dilarang, walaupun digunakan untuk menggalakkan interaksi pengguna.
Perhatian: Sesetengah unsur gamifikasi berasaskan peluang boleh dilaksanakan menggunakan Alat Pemberian LIVE.Apakah Kandungan Perjudian?
- Perjudian: Menjalankan dan/atau mempromosikan semua aktiviti perjudian adalah dilarang sama sekali pada Siaran Langsung dan Video. Produk, perkhidmatan dan perlengkapan yang berkaitan dengan perjudian juga tidak dibenarkan untuk dijual di TikTok Shop. Contohnya termasuk, tetapi tidak terhad kepada membenarkan pengguna membayar untuk memutar roda rolet dengan berkemungkinan memenangi item bernilai.
Nota: Gamifikasi dengan unsur peluang untuk menentukan item yang akan diterima oleh pelanggan adalah dilarang. Contohnya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggunaan permainan berunsur peluang seperti putaran roda, skup bertuah atau cabutan bertuah.
Apakah beberapa contoh Perjudian?

Contoh A: Penjual atau pencipta menjual peluang kepada pengguna untuk membaling dadu dan meneka nombor yang betul. Jika tekaan pengguna adalah betul, mereka akan ditawarkan ganjaran. Jika tidak, ganjaran tidak akan diberikan.
Contoh B: Penjual atau pencipta menjual tiram yang belum dibuka dan pelanggan boleh memilih tiram yang hendak dibuka. Mutiara di dalam setiap tiram tidak dijamin dan pelanggan akan perlu membeli semula tiram jika mereka ingin mencuba sekali lagi.
Contoh C: Penjual atau pencipta sedang bermain Blackjack. Sementara itu, siaran langsung memaparkan teks yang mengajak penonton supaya membeli taruhan.
Apakah beberapa contoh Gamifikasi dengan unsur peluang?

- Contoh A: Penjual atau pencipta sedang menjual skup kristal bertuah yang mempunyai nilai berbeza.
- Contoh B: Penjual atau pencipta menggunakan permainan putaran roda untuk memberikan peluang kepada pengguna untuk memenangi pelbagai ganjaran percuma.
Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kandungan perjudian dalam penyenaraian produk saya?
Anda hendaklah mengelakkan:
- Menjual atau mempromosikan taruhan dalam permainan seperti kasino yang termasuk tetapi tidak terhad kepada rolet, mesin slot, pertaruhan, loteri, cabutan bertuah, atau rafel.
- Menggunakan permainan berunsur peluang untuk menjual atau mempromosikan produk. Contohnya: penjualan entri untuk memutar roda yang menentukan produk yang akan diterima oleh pelanggan.
- Menggunakan permainan berunsur peluang untuk membuat pemberian hadiah percuma (lihat di bawah untuk syarat pemberian hadiah). Contohnya: memberikan peluang kepada penonton terpilih untuk memutar roda yang menentukan hadiah percuma.
- Menggunakan permainan peluang sebagai sebahagian daripada insentif berasaskan pembelian (klik di sini untuk syarat insentif berasaskan pembelian). Contohnya: memberikan entri kepada pelanggan untuk memutar roda yang menentukan hadiah selepas mereka membuat pembelian produk.
Apakah yang akan berlaku jika saya melanggar garis panduan ini?
Jika anda didapati melanggar garis panduan ini, akaun anda mungkin akan dikenakan tindakan penguatkuasaan. Anda harus menyedari bahawa kesalahan yang berulang akan menyebabkan penalti yang lebih berat.
Penjual: Sila baca artikel Sebab Pelanggaran, Mata & Tindakan Penguatkuasaan kepada Penjual dan Terma Perkhidmatan Penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap anda merupakan suatu kesilapan, sila buat rayuan melalui Pusat Penjual. Sila baca artikel Garis Panduan Rayuan Penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pencipta: Jika anda ialah pencipta, sila baca artikel Panduan Penilaian Prestasi Pencipta TikTok Shop dan Terma Perkhidmatan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap anda merupakan suatu kesilapan, sila buat rayuan melalui Aplikasi TikTok. Sila baca artikel Garis Panduan Rayuan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sila klik di sini untuk membaca Garis Panduan Produk Berasaskan Perjudian, Pemberian Hadiah dan Kejutan TikTok Shop.