Kandungan Seksual
Kandungan tidak boleh menampilkan aksi, bahasa atau tingkah laku tidak senonoh yang berunsur seksual semasa mempromosikan produk. Hal ini terpakai untuk kandungan yang menampilkan figura manusia, watak digital dan objek.
Contoh Kandungan Seksual yang Dilarang
Secara umum, kandungan yang melanggar standard moral, tatasusila dan kesopanan tempatan yang diterima secara umum adalah dilarang pada platform. Hal ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Kandungan Berbingkai Seksual
- Kandungan yang menggunakan sudut tertentu atau pembingkaian untuk menarik perhatian kepada bahagian badan yang intim tanpa niat untuk menunjukkan kesesuaian atau kefungsian produk.
- Individu dengan lagak yang provokatif atau memakai pakaian tidak senonoh yang berunsur seksual semasa mempromosikan produk.
Kebogelan Tersirat
- Kandungan yang mencadangkan bahawa individu (digital atau bukan digital) yang dipaparkan adalah bogel. Hal ini termasuk memaparkan figura dengan bahagian badan mereka kabur atau ditapis semasa mempromosikan produk.
Bahasa Berunsur Seksual
- Kandungan yang menampilkan perbincangan atau perbualan tentang aktiviti seksual, termasuklah dalam konteks jenaka atau satira semasa mempromosikan produk. Hal ini termasuklah penggunaan teks dan emoji yang bersifat seksual.
Pameran/Penggunaan Pakaian yang Tidak Sesuai
- Kandungan yang menampilkan individu yang hanya memakai seluar dalam, pakaian dalam atau pakaian renang walaupun tujuan kandungan adalah untuk mempromosikan produk tersebut.
- Seluar dalam, pakaian dalam atau pakaian renang boleh dipakai di atas pakaian biasa.
- Pakaian renang boleh dipakai secara berasingan jika dilakukan dalam persekitaran yang bersesuaian seperti di kolam renang atau pantai.
- Kandungan yang menampilkan individu yang memakai pakaian intim (cth., pakaian dalam, seluar dalam dan pakaian renang) dengan garis bentuk bahagian sulit yang boleh dilihat, seperti puting wanita yang menonjol atau bonjolan lelaki. Hal ini termasuk pameran pakaian dalam erotik, thong dan g-string.
- Mempamerkan, menanggalkan atau membetulkan pakaian atau pakaian intim yang dipersembahkan dengan cara berunsur seksual atau menarik perhatian.
Dakwaan rangsangan atau prestasi seksual
- Kandungan yang menampilkan sebarang dakwaan bahawa produk tertentu boleh memanjangkan atau membantu prestasi seksual atau membantu pertumbuhan alat sulit.
Amalan Terbaik untuk mengelakkan Pelanggaran Kandungan Seksual
- Kandungan yang mempromosikan pakaian atau pakaian intim sepatutnya memfokuskan penerangan bentuk dan fungsi produk (cth., menggunakan bahasa penerangan yang memfokuskan fabrik, padanan, sokongan, reka bentuk produk) dan bukannya fokus yang berterusan pada bahagian badan di bawah pakaian.
- Pameran pakaian/produk intim pada model atau boneka pakaian hendaklah dilakukan dalam cara yang tidak seksual, sejajar dengan amalan pengiklanan tempatan.
- Semasa mempromosikan produk pakaian, sila pastikan individu yang ditampilkan dalam kandungan anda menukar pakaian bukan di hadapan kamera dan mengelakkan aktiviti menanggalkan pakaian yang berunsur seksual.
Apakah yang akan berlaku jika saya melanggar garis panduan ini?
Jika anda didapati melanggar garis panduan ini, akaun anda mungkin akan dikenakan tindakan penguatkuasaan. Anda hendaklah sedia maklum bahawa kesalahan yang berulang akan menyebabkan penalti yang lebih berat. Sila baca artikel Panduan Penilaian Prestasi Pencipta TikTok Shop dan Terma Perkhidmatan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap anda merupakan suatu kesilapan, sila buat rayuan melalui Aplikasi TikTok. Sila baca artikel Garis Panduan Rayuan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut.