Panduan Pautan Affiliate untuk Pencipta
Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda berkenaan cara menggunakan fungsi perkongsian pautan untuk memperoleh komisen daripada produk affiliate. Selain memperoleh komisen melalui video pendek atau sesi LIVE dalam aplikasi, Pencipta juga boleh memperoleh komisen di luar aplikasi melalui penggunaan Pautan Affiliate.
Pautan Affiliate juga memberikan manfaat utama bagi Pencipta, yang membantu mereka mendapatkan komisen tambahan! Sekarang dengan atribusi langsung dan tidak langsung, anda boleh berkongsi pautan afiliasi dan memperoleh komisen tambahan melalui satu pautan!Menggunakan Pautan Affiliatei dapat membantu Pencipta meningkatkan cara mereka untuk menjana pendapatan daripada membuat kandungan! Kandungan anda boleh membawa lebih ramai pembeli untuk melihat lebih banyak produk dari platform lain dan sebagai balasannya, anda akan menerima lebih banyak komisen!
Untuk bermula, kita akan membincangkan perkara berikut:
- Apakah itu Pautan Affiliate?
- Apakah Program Trafik Luar?
- Bagaimanakah Perkongsian Pautan Affiliate Berfungsi?
- Komisen Atribusi Langsung & Tidak Langsung untuk Pautan Affiliate
- Cara Menjana Pautan Affiliate
- Cara Menjejak Data Pautan anda

Apakah itu Pautan Affiliate?
Pautan Affiliate ialah ciri yang membolehkan anda sebagai Pencipta mempromosikan produk Kedai di luar aplikasi. Pautan disambungkan kepada akaun pencipta anda dan apabila pembeli dari luar Aplikasi mengklik pada pautan dan membuat pembayaran untuk produk, komisen boleh dikaitkan dengan anda.
Nota penting: Pencipta perlu mengisi butiran bank mereka terlebih dahulu sebelum mereka boleh menerima komisen daripada Pautan Affiliate. Jika anda belum mengesahkan butiran anda, menambahkan produk pada pameran anda akan memulakan proses tersebut.

Apakah Program Trafik Luar?
Program Trafik Luar adalah program affiliate TikTok Shop yang membolehkan pencipta dan rakan mempromosikan produk anda melalui pautan affiliate di platform seperti media sosial, laman web, dan aplikasi untuk menarik pelanggan baru dan meningkatkan jualan.Ketahui lebih lanjut tentang Program Trafik Luar dari perspektif Penjual di sini dalam panduan ini.

Bagaimanakah Perkongsian Pautan Affiliate berfungsi?
Keseluruhan proses bagi pautan Affiliate adalah mudah. Pencipta akan mendapatkan pautan yang mereka akan promosikan, kemudian Pembeli akan melihat siaran Pencipta yang mengandungi pautan tersebut dan membuat pembayaran untuk produk dalam pautan. Pencipta hanya akan menerima komisen bagi jualan yang layak daripada pautan apabila pesanan dipenuhi.
Untuk memahami proses perkongsian pautan dengan lebih terperinci, sila baca carta aliran di bawah:

Peroleh Lebih Banyak Jualan daripada Pautan
Komisen yang diperoleh daripada Pautan Affiliate bergantung pada satu (1) nota penting: Sekiranya pautan produk yang terakhir dilihat oleh Pembeli ialah pautan Pencipta sendiri. Sila ingat nota-nota penting ini sebelum anda berkongsi pautan affiliate anda!
Komisen Atribusi Langsung & Tidak Langsung untuk Pautan Affiliate
Pautan Affiliate boleh memberikan Pencipta dua jenis kadar komisen yang dipanggil: Atribusi Langsung dan Atribusi Tidak Langsung. Kadar komisen yang boleh diterima oleh Pencipta berbeza-beza mengikut jadual di bawah:Atribusi Langsung | Atribusi Tidak Langsung | |
| Atribusi | Menerima komisen apabila pembeli membeli produk Affiliate secara langsung dari Pautan Affiliate yang dikongsi | Menerima komisen apabila pembeli membeli melalui pengesyoran TikTok Shop selepas mengklik pada Pautan Affiliate yang dikongsi |
| Komisen Diberikan | 100% daripada Kadar Komisen Produk | 50% daripada Kadar Komisen Asal Produk |
Atribusi Langsung juga berbeza mengikut setiap pautan affiliate. Pautan Kempen, Halaman Kedai, dan Showcase boleh memberikan Pencipta pelbagai komisen Atribusi Langsung yang diberikan jika ia datang dari kumpulan produk yang dipaparkan secara langsung dalam pautan tersebut.
| Jenis Pautan Affiliate & Skim Komisen | Pencipta Berkongsi Pautan Sahaja | Pencipta Affiliate |
Pautan Produk (Halaman Butiran Produk)
| Yes | Yes |
Pautan Kempen
| Yes | Yes |
Pautan Kedai
| Yes | Yes |
Pautan Showcase
| No | Yes |
Skim Komisen untuk Atribusi Langsung & Tidak Langsung
Untuk memberikan lebih konteks mengenai bagaimana skim komisen berfungsi untuk Atribusi Langsung & Tidak Langsung, kami menyediakan dua (2) senario ini:- Skim Komisen dari Perspektif Pencipta dan Pembeli


Jejak Pesanan Pautan Affiliate Langsung & Tambahan
Untuk menjejak sama ada komisen yang anda terima datang dari Penetapan Langsung atau Tidak Langsung, anda boleh pergi ke halaman Pesanan Affiliate anda: Pergi ke Pusat Pencipta > Pendapatan > Pesanan Affiliate![]() | Halaman pesanan affiliate akan menunjukkan pesanan mana yang dihasilkan daripada Promosi Pautan Affiliate Langsung atau Tambahan. |

Cara Menjana Pautan untuk Affiliate
Keupayaan untuk menghasilkan pautan Affiliate dilakukan dalam aplikasi. Anda, sebagai Pencipta Affiliate, boleh berkongsi Pautan Afiliate dengan bebas di luar aplikasi seperti platform media sosial lain.Namun, sebelum anda boleh mula menjana pendapatan dengan berkongsi pautan afiliasi, anda perlu menyelesaikan proses pengesahan umur terlebih dahulu! Jika anda belum menyelesaikan pengesahan, pautan yang anda jana dan kongsi akan menjadi pautan biasa dan tidak akan menghasilkan sebarang komisen.
Anda boleh memulakan proses pengesahan umur melalui mana-mana tiga pintu masuk ini dengan hanya mengetik "Sahkan":
- Halaman Produk
Pada mana-mana halaman produk yang ingin anda kongsikan, tatal ke bahagian yang dikelilingi dengan warna merah![]() | Anda akan melihat satu mesej yang menunjukkan bahawa anda belum menyelesaikan pengesahan umur![]() |
- Pop-up di Pusat Affiliate
Akses Pusat Afiliasi dari profil anda dengan mengetik butang "Pusat Affiliate" di halaman Pameran anda![]() | Pop timbul yang menggesa anda melengkapkan pengesahan umur mungkin muncul sebaik sahaja anda memasuki Pusat Affiliate![]() |
- Halaman Utama Pusat Pencipta
Akses Pusat Afiliasi dari profil anda dengan mengetik butang "Pusat Affiliate" di halaman Pameran anda![]() | Pengumuman yang menggesa anda melengkapkan pengesahan umur mungkin muncul di bahagian atas halaman sebaik sahaja anda memasuki Pusat Affiliate![]() |
Setelah anda menyelesaikan proses pengesahan, anda boleh menjejaki statusnya. Inilah cara untuk melakukannya:
| Pertama, pergi ke halaman produk produk afiliasi. Kemudian, ketik butang kongsi: | Jika pengesahan masih dalam semakan, anda tidak akan dapat melihat pratonton komisen pautan affiliate. Pilihan untuk berkongsi pautan akan kelihatan, tetapi anda tidak akan menerima sebarang komisen untuk berkongsi pautan tersebut. | Jika pengesahan gagal dan memerlukan rayuan, ketik butang rayuan untuk memulakan proses rayuan. | Jika pengesahan berjaya, anda akan melihat pratonton komisen afiliasi. Ini bermakna anda kini layak untuk mula berkongsi pautan dan menjana komisen! |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
- Pautan Produk
- Pautan Kempen
- Pautan Pameran
- Pautan Kedai
Pautan Produk untuk Perkongsian
Untuk panduan ini, kami akan memulakan Langkah 1 apabila anda telah memilih produk yang ingin anda promosikan. Jangan bimbang, mencari produk adalah mudah! Anda boleh menemukan produk yang tersedia untuk affiliate melalui laluan berikut: Pasaran Produk, Tab Kedai dan Halaman FYP.

Selain butang Salin Pautan dalam Langkah 3, mengetik pada saluran media sosial lain juga akan menjana Pautan Affiliate Produk untuk terus berkongsi pada saluran pilihan anda.
- Cth. Jika anda memilih Facebook, anda akan dihalakan ke halaman siaran status Facebook dengan pautan yang dijana ditambahkan.

Pautan Kempen untuk Perkongsian
Semua jenis Pencipta juga boleh memperoleh komisen apabila mereka berkongsi pautan untuk kempen dari Tab Kedai. Pencipta boleh memperoleh komisen daripada semua produk dalam kempen melalui satu pautan sahaja.

Selain butang Salin Pautan dalam Langkah 4, mengetik pada saluran media sosial lain juga akan menjana Pautan Affiliate Kempen untuk terus berkongsi pada saluran pilihan anda.
- Cth. Jika anda memilih Facebook, anda akan dihalakan ke halaman siaran status Facebook dengan pautan yang dijana ditambahkan.
Pautan Pameran untuk Perkongsian
Untuk Pencipta Affiliate, anda juga boleh menjana pautan affiliate yang menghala ke pameran akaun anda. Hal ini bermakna anda boleh memperoleh komisen

Selain butang Salin Pautan dalam Langkah 5, mengetik pada saluran media sosial lain juga akan menjana Pautan Affiliate Produk untuk terus berkongsi pada saluran pilihan anda.
- Cth. Jika anda memilih Facebook, anda akan dihalakan ke halaman siaran status Facebook dengan pautan yang dijana ditambahkan.
Pautan Halaman Kedai untuk Perkongsian
Semua pencipta affiliate juga boleh memperoleh komisen Affiliate dengan berkongsi pautan keseluruhan kedai. Dengan ciri ini, pencipta boleh memperoleh komisen setiap kali pembeli membuat pembelian di kedai selepas mengklik pautan yang dikongsi oleh pencipta.Buat pautan kedai hanya dalam 3 langkah mudah!

Pautan Produk dengan Baucar Eksklusif
Sekarang, beberapa produk disertakan dengan Baucar Eksklusif – baucar yang hanya boleh ditebus oleh pembeli melalui pautan produk yang anda kongsikan!Pembeli boleh menikmati pelbagai tawaran hanya melalui pautan anda, seperti:
Diskaun Produk | Penhantaran Percuma | Pulangan Tunai |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Akhir sekali, jika pembeli membuat pembayaran untuk produk yang anda kongsi, anda akan menerima komisen berdasarkan kadar komisen yang ditetapkan untuk produk tersebut.
Baucar hanya sah untuk produk yang anda kongsi yang mempunyai label "Baucar Eksklusif", serta beberapa produk lain yang dikurasi oleh platform. Jika pembeli membeli produk lain yang disyorkan oleh platform yang dipaparkan di halaman ini, anda akan menerima 50% daripada komisen asal produk tersebut. | Baucar ini disubsidi oleh platform dan hanya tersedia untuk masa dan kuantiti yang terhad. Setelah kuota dipenuhi, baucar tidak lagi boleh ditebus. Namun, pembeli masih boleh melihat dan membeli produk tanpa menggunakan baucar, dan anda tetap akan menerima komisen daripada jualan tersebut. |
![]() | ![]() |
Tautan Halaman Interaktif
Kini kamu bisa membagikan berbagai halaman interaktif kepada para pembeli! Di halaman ini, pembeli bisa bermain game dan menemukan beragam penawaran menarik, seperti voucher diskon, gratis ongkir, dan banyak lagi. Berikut sejumlah halaman yang bisa kamu bagikan:Pecahkan telurnya! | Belanja dan Cuan |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |

Cara seru dan interaktif untuk memikat audiens, meningkatkan klik, sekaligus mendapatkan komisi! Ketika pengguna mengklik tautanmu, masuk ke halaman game, lalu membeli produk di halaman tersebut, kamu akan menerima 100% komisi produk (atribusi langsung). Kalau pengguna membeli produk lain di luar halaman game, kamu tetap mendapatkan 50% komisi produk (atribusi tidak langsung). |

Cara Menjejak Data Pautan anda
Pergi ke: Creator Center > Data Prestasi > Data
Setibanya di halaman Data, tatal ke bawah sehingga anda melihat modul Prestasi Pautan. Ini tersedia untuk kedua-dua Pencipta Berkongsi Pautan Sahaja dan Pencipta Affiliate.![]() | Prestasi KeseluruhanDi sini, anda boleh menganalisis berapa banyak GMV dan Item yang dijual yang dikaitkan dengan Pautan Affiliate. Tukar antara Sumber Trafik atau Jenis Atribusi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saluran atau jenis penetapan yang berbeza menyumbang kepada prestasi keseluruhan Pautan Affiliate anda. |
![]() | Sumber TrafikTeroka peratusan trafik yang datang dari setiap platform di mana anda berkongsi pautan affiliate. Ini membantu anda mengenal pasti saluran yang berjaya berfungsi dengan baik untuk anda, serta mengetahui saluran dengan trafik rendah yang perlu dioptimumkan lagi!Secara lalai, 5 sumber trafik utama akan dipaparkan. Jika anda telah berkongsi pautan di lebih daripada 5 saluran, semua saluran lain akan digabungkan di bawah "Lain-lain". |
![]() | Jenis AtribusiTeroka peratusan penetapan bagi atribusi langsung atau tidak langsung untuk memahami sama ada audiens tertarik dengan pautan utama yang dikongsi, atau sebaliknya.
|
Perbezaan dalam Gambaran Keseluruhan Metrik Utama
Pada Analisis Kedai Pencipta, data yang ditunjukkan dalam bahagian Metrik Utama kini juga akan merangkumi data daripada Kongsian Pautan Affiliate, melainkan dinyatakan sebaliknya*. Di bawah ialah perbezaan dalam data yang ditunjukkan antara dua jenis pencipta.
Jenis Pencipta | Metrik Utama | Perihalan |
Pencipta Kongsian Pautan sahaja | ![]() | Pencipta Kongsian Pautan sahaja boleh melihat Metrik Utama ini:
Metrik utama di atas ini merangkumi data yang dijana daripada semua saluran (Produk, LIVE, Video dan Pautan Affiliate). |
Pencipta Affiliate | ![]() | Bersama-sama metrik utama yang tersedia untuk Pencipta Kongsian Pautan Sahaja, Pencipta Affiliate juga akan melihat 2 metrik lagi yang dikenali sebagai Tontonan Produk dan Klikan Produk. Untuk Tontonan Produk & Klikan Produk, data yang ditunjukkan dikaitkan melalui tontonan atau klikan daripada kad produk. Sila ambil perhatian terhadap perbezaan di bawah:
|

Soalan Lazim
- Bagaimanakah jika dua pencipta mempunyai produk yang sama dalam dua pautan mereka yang berasingan: Pembeli menambahkan produk pada troli mereka menggunakan pautan pertama, kemudian Pembeli mengklik pautan kedua sebelum membuat pembayaran. Siapakah yang akan menerima komisen tersebut?
- Dalam keadaan ini, komisen akan diperuntukkan kepada pautan Pencipta kedua. Tetapan ini berdasarkan pautan produk terakhir yang diklik oleh Pembeli sebelum membuat pembayaran untuk produk tersebut.
- Adakah saya hanya akan menerima komisen daripada pautan produk apabila pembeli membuat pembayaran?
- Tidak, komisen hanya boleh diterima selepas pesanan dipenuhi daripada pihak Penjual
- Jika seorang pembeli mengklik pautan Pencipta, menambah produk ke troli dan membuat pembayaran dengan produk lain, adakah saya akan menerima komisen untuk semua produk yang dibeli?
- Pencipta akan menerima komisen untuk produk lain yang dibeli jika ia berasal dari kedai/penjual yang sama. Jika Pembeli membuat pembayaran untuk dua produk dari dua penjual yang berbeza, kadar komisen penetapan langsung hanya akan diberikan untuk pautan produk yang diklik oleh pembeli. Untuk produk yang dibeli yang bukan dari kedai/penjual yang sama, Pencipta akan menerima komisen penetapan tidak langsung.
- Adakah terdapat had tempoh untuk saya menerima komisen dari pautan yang saya hasilkan?
- Tempoh sah pautan Affiliate adalah maksimum 100 hari. Selepas tempoh itu, anda perlu menghasilkan pautan baru.
- Walau bagaimanapun, tetingkap atribusi hanya berfungsi selama 7 hari untuk atribusi langsung dan 7 hari untuk atribusi tidak langsung.
- Contoh: Jika pembeli mengklik pautan anda dan menambah produk ke troli terus daripada pautan tersebut, anda layak menerima komisen bagi produk tersebut sehingga 7 hari. Selepas tempoh 7 hari, atribusi tidak terpakai lagi dan pencipta tidak lagi menerima sebarang komisen.
- Adakah saya akan menerima bayaran komisen yang lebih tinggi selepas saya dinaik taraf kepada Pencipta Affiliate?
- Tidak, bayaran anda masih berdasarkan kadar komisen yang diberikan oleh Penjual Affiliate.
- Bolehkah saya menyesuaikan baucar?
- Tidak, tawaran baucar ditetapkan oleh platform dan tidak boleh disesuaikan oleh pencipta. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih produk untuk dipromosikan berdasarkan tawaran baucar yang tersedia, seperti diskaun, penghantaran percuma, atau wang tunai kembali.
- Adakah saya mendapat komisen lebih banyak apabila pembeli menggunakan Baucar Istimewa Pencipta melalui pautan saya?
- Anda tetap akan mendapat komisen berdasarkan kadar komisen yang ditetapkan untuk produk tersebut, tetapi baucar ini boleh membantu meningkatkan kadar penukaran anda, yang boleh membawa kepada pendapatan keseluruhan yang lebih tinggi.
- Bolehkah pembeli menebus baucar lain dari pautan yang sama?
- Tidak, pembeli hanya boleh menebus baucar sekali sahaja.
- Berapa ramai pembeli yang boleh menebus baucar melalui pautan produk yang saya kongsi?
- Jumlahnya berbeza, bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan untuk setiap kempen. Jika kuota baucar telah dipenuhi, pembeli akan melihat indikator bahawa baucar telah habis.
- Bolehkah saya menebus baucar?
- Ya, sebagai pencipta, anda juga layak menebus baucar dan menggunakannya selagi ia masih tersedia.
Có thể bạn cũng quan tâm về
- 3 lessons
Titik Jualan Produk & Trik Jualan Lisan E-Dagang
Tips on accurately finding product selling points and improving verbal selling tricks
- 3 lessons
Cara Meminta Sampel Produk Daripada Penjual di TikTok Shop
Learn how to request samples to demonstrate the product in your videos and livestream
- 6 lessons
Cara Menambah and Mengurus Produk di TikTok Shop
Panduan untuk penambahan & pengurusan produk di TikTok Shop
- 3 lessons
TikTok Shop Creator Showcase Playbook
TikTok Shop Creator Showcase Playbook

Sampel Percuma untuk Pencipta
Artikel ini akan mengajar anda semua yang perlu anda ketahui tentang Sampel Percuma. Kami akan mener…

Tambah Produk pada Video Pendek (Beg Kuning)
Dalam artikel ini, kami akan memberikan panduan kepada anda tentang cara menambahkan produk pada vid…




























