Perkhidmatan Penghantaran Hari Sama (Same-day Delivery)
Apakah itu Penghantaran Hari Sama (Same-day Delivery)?
Penghantaran Hari Sama direka untuk memberikan pengalaman penghantaran terpantas kepada pembeli di TikTok Shop — dengan pesanan sampai kepada pembeli pada hari yang sama selepas pesanan dibuat, asalkan ia dilakukan sebelum masa pemotongan ciptaan pesanan (cutoff time). Buat masa ini, program ini adalah melalui jemputan sahaja dan hanya tersedia untuk penjual terpilih.Kedai Mall & Star diwajibkan untuk menyertai program SDD ini.
Tertakluk kepada syarat.
Bagaimanakah Penghantaran Hari Sama berfungsi?
Bagi pesanan Penghantaran Hari Sama yang dibuat sebelum 12PM, penjual perlu menyiapkan pesanan dan mengatur penghantaran sebelum 1PM. Rakan logistik akan mengambil pesanan ini sebelum 3PM dan menghantarnya pada hari yang sama.Nota: Pesanan Penghantaran Hari Sama akan diambil oleh pemandu khas, sila tidak campurkan pesanan Penghantaran Hari Sama dengan pesanan biasa supaya anda boleh menyiapkan dan menyerahkan pesanan ini terlebih dahulu.
Kategori | Penghantaran Hari Sama | |
Masa pemotongan ciptaan pesanan | 00:00 - 12:00 | 12:00 - 00:00 |
Sedia-untuk-dihantar(RTS) SLA | 13:00 hari yang sama | 13:00 hari bekerja berikutnya |
SLA Pembatalan Automatik (Tiada RTS) | 13:00 hari bekerja berikutnya | 13:00 hari bekerja kedua |
SLA Pembatalan Automatik (Tiada TTS) | 15:00 hari bekerja kedua | 15:00 hari bekerja kedua |
| ||
2.1 Penghantaran Hari Sama SLA?
- Untuk pesanan Hari Sama yang dibuat sebelum jam 12:00, penjual perlu menyiapkan pesanan dan mengatur penghantaran sebelum jam 13:00 pada hari yang sama. Pihak logistik akan mengambilnya secara berasingan sebelum jam 15:00.
- Untuk pesanan Hari Sama yang dibuat selepas jam 12:00, penjual perlu menyiapkan pesanan dan mengatur penghantaran sebelum jam 13:00 pada hari bekerja berikutnya.
- Pembatalan Automatik: Sila ambil perhatian bahawa pesanan Hari Sama anda akan dibatalkan secara automatik sekiranya anda tidak mengatur penghantaran sebelum waktu yang ditetapkan.
2.3 Sekatan
Kategori | Butiran | |
Syarikat Kurier | ![]() J&T Express | ![]() ABX Express |
Had Berat | 3 kg | 30 kg |
Dimensi Maksimum | 100 cm (L) x 100 cm (W) x 100 cm (H) (Panjang + Tinggi + Lebar) cm tidak melebihi 100 cm | 120 cm (L) x 120 cm (W) x 120 cm (H) (Panjang + Tinggi + Lebar) cm tidak melebihi 100 cm |
Keperluan Pembungkusan | Ikuti garis panduan pembungkusan standard, dan pastikan:
| |
Barang Terlarang |
| |
Kawasan Tersedia | Pada masa ini, perkhidmatan ini hanya tersedia di Lembah Klang (KV), dan akan diluaskan ke kawasan lain pada masa akan datang. | |
Kelayakan Penjual | Penjual terpilih sahaja. | |
Apakah Faedah Penghantaran Hari Sama?
Dapatkan barang anda dipaparkan setiap hari dalam penapis carian Penghantaran Hari Sama, supaya lebih ramai pembeli menemui kedai anda.Menawarkan penghantaran cepat pada hari yang sama dalam beberapa jam dapat menonjol kedai anda daripada pesaing dan menarik lebih ramai pembeli.
Penghantaran yang lebih cepat mengurangkan pembatalan, menggalakkan pembelian berulang, dan meningkatkan kepuasan keseluruhan pembeli - memacu lebih banyak jualan untuk kedai anda.
- Tingkatkan Pendedahan Kedai Anda
- Kukuhkan Kehadiran Pasaran Anda
- Tingkatkan Jualan dan Pengalaman Pembeli
- Kami akan mengeluarkan baucar penghantaran percuma khas untuk perkhidmatan Penghantaran Hari Sama
Apakah yang perlu saya lakukan (sebagai penjual) apabila menyertai Penghantaran Hari Sama?
- Tetapkan titik lokasi (pinpoint) yang tepat untuk alamat gudang anda.
- Pastikan perkhidmatan Penghantaran Hari Sama diaktifkan.
- Sekiranya anda telah menetapkan kaedah penghantaran secara berasingan untuk SKU, sila tambah pilihan perkhidmatan Penghantaran Hari Sama pada peringkat SKU.
- Semasa operasi harian, beri perhatian kepada pesanan perkhidmatan Penghantaran Hari Sama dan bungkusnya secara berasingan.
- Letakkan pesanan Penghantaran Hari Sama secara berasingan untuk memudahkan penyerahan pantas oleh pemandu pengambilan.
Bagaimana saya boleh menyertai program ini?
Sekiranya anda ingin menyertai program Penghantaran Hari Sama, anda boleh menghubungi Account Manager TikTok Shop anda untuk menyemak kelayakan anda dan langkah seterusnya.Saya telah menyertai program Penghantaran Hari Sama - Bagaimana saya menetapkan Penghantaran Hari Sama dari pihak saya?
Langkah 1: pergi ke Tetapan Penghantaran >> Tetapan Gudang untuk menyemak dan mengesahkan titik lokasi (pinpoint) anda kerana penunggang akan menggunakan maklumat ini untuk mengambil bungkusan anda.⚠️ Penting: Sistem mungkin akan menetapkan titik lokasi secara automatik untuk anda, sila klik "Edit" dan semak semula sama ada titik lokasi anda adalah betul.
|
|
|
|
| |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
- Pilih gudang anda.
- Pilih "Same-day delivery" dan aktifkan perkhidmatan.

- Anda boleh menetapkan waktu operasi melalui menu berikutnya.
Menu | Langkah |
| Fulfillment Settings Page | ![]() |
- Dalam halaman "Warehouse operating hours", anda akan melihat 2 bahagian; "Workdays" dan "Holiday".
- Untuk "Workdays", ikuti langkah di bawah:
Langkah | Tangkapan Skrin |
| ![]() |
| ![]() |
| ![]() ![]() |
| ![]() |
- Untuk "Holiday", ikuti langkah di bawah:
Langkah | Tangkapan Skrin |
| ![]() |
|
- Perubahan hanya akan berkuat kuasa bermula pada hari berikutnya. Sebagai contoh, jika anda menetapkan hari Sabtu sebagai hari cuti pada hari Sabtu, ia akan terpakai bermula dari hari Sabtu yang berikutnya.
- Sistem akan menyembunyi perkhidmatan ini secara automatik daripada pihak pembeli semasa waktu yang ditetapkan, BUKAN untuk keseluruhan masa di luar waktu bekerja. Ini memastikan anda boleh memenuhi SLA penghantaran secara konsisten tanpa kehilangan pesanan semasa waktu operasi.Waktu Bekerja Anda vs Ketersediaan Perkhidmatan
Status Ketersediaan Perkhidmatan | Waktu Bekerja | Tempoh "Offline" |
🛑 Sepenuhnya Tidak Tersedia | Ditutup (Hanya dibenarkan untuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) | 12:00 PM hari sebelumnya (D-1) to 12:00 PM hari ini (D+0) |
🟠 Separa Tidak Tersedia | 8:00 AM - 11:00 AM | 10:00 AM hari ini (D+0) to 12:00 PM hari ini (D+0) |
8:00 AM - 12:00 PM | 11:00 AM hari ini (D+0) to 12:00 PM hari ini (D+0) | |
✅ Sepenuhnya Tersedia | 8:00 AM - 1:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" |
8:00 AM - 2:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" | |
8:00 AM - 3:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" | |
8:00 AM - 4:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" | |
8:00 AM - 5:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" | |
8:00 AM - 6:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" | |
8:00 AM - 7:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" | |
8:00 AM - 8:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" | |
8:00 AM - 9:00 PM | ✅ Tiada tempoh "Offline" |

Bagaimana saya mengatur & menyerahkan penghantaran?
⚠️ Penting: Penjual amat disyorkan agar kerap memantau pesanan Hari Sama anda dan memenuhinya secepat mungkin untuk memastikan pematuhan dengan SLA.Anda boleh mendapatkan informasi penuh mengenai pengurusan pesanan dalam artikel A Complete Guide to 'Shipped via Platform'. Artikel ini hanya akan mengetengahkan maklumat utama yang berbeza.
Langkah 1: "Urus pesanan">> tapis “Pilihan penghantaran” >> tapis “Same-day".
![]() |
⚠️ Nota:
- Mencetak label penghantaran akan mencetuskan permintaan untuk pengambilan, dan pihak logistik akan datang ke tempat penjual untuk mengambil pesanan pada hari yang sama. Waktu pengambilan dijangka sebelum 12:30PM.
- Pesanan yang diselesaikan proses "Atur Penghantaran " selepas 12PM akan diambil pada hari berikutnya.
![]() |
- Anda boleh mencari butiran pemandu pengambilan dengan mengklik "Lihat Logistik" (View Logistics) - nama pemandu dan nombor telefon akan dipaparkan.
![]() | ![]() |

Soalan Lazim (FAQ)
Apakah perbezaan antara perkhidmatan Penghantaran Hari Sama dan Standard?
- Penghantaran Hari Sama direka untuk memberikan pengalaman penghantaran terpantas kepada pembeli di TikTok Shop. Dengan Penghantaran Hari Sama, kurier akan mengambil bungkusan daripada anda dan menghantarnya kepada pembeli menggunakan keupayaan penghantaran khusus. Disebabkan model penghantaran ini, Penghantaran Hari Sama mempunyai keperluan yang lebih ketat dalam mematuhi sasaran masa dan mengikuti garis panduan pembungkusan.
Bolehkah saya membuka perkhidmatan Penghantaran Hari Sama untuk beberapa SKU tertentu?
Ya, perkhidmatan Hari Sama boleh diaktifkan di peringkat SKU.Garis Panduan:
- Pergi ke Pusat Penjual (Seller Center) -> Produk (Products) -> Urus Produk (Manage Products)
- Pilih produk yang anda ingin aktifkan perkhidmatan Hari Sama dan klik "Edit" -> Penghantaran (Shipping) -> Custom

Mengapa pembeli tidak dapat melihat perkhidmatan Hari Sama di kedai saya walaupun kedai sudah membuka perkhidmatan Hari Sama?
Sila semak melalui kaedah berikut:- Versi aplikasi: Sila semak sama ada versi aplikasi pembeli adalah versi terkini (atau selepas versi yang mana)?
- Kawasan liputan dan Jarak:
- Perkhidmatan Hari Sama hanya dibuka untuk kawasan terpilih.
- Jarak antara gudang penjual dan alamat pembeli melebihi 30 kilometer.
- Ditetapkan mengikut peringkat SKU: Sila semak sama ada SKU tersebut dilanggan pada peringkat SKU dan tidak memilih Hari Sama.
Bagaimana jika tiada pemandu yang mengambil bungkusan?
- Untuk Hari Sama, kami akan memastikan semua pesanan yang telah melengkapkan "Atur Penghantaran" sebelum 1PM akan diambil pada hari yang sama.
- Kadar Penghantaran Lewat (LDR): Kaedah pengiraan LDR untuk perkhidmatan Hari Sama adalah berdasarkan waktu anda selesai mengatur penghantaran, bukannya waktu anda menyerahkan bungkusan. Anda tidak akan didenda semasa tempoh percubaan.
- Kadar Pembatalan Kesalahan Penjual (SFCR): Jika pesanan dibatalkan secara automatik disebabkan ketiadaan tetapan penghantaran atau tiada pengambilan oleh pemandu, sila hubungi help center untuk membuat rayuan terhadap penalti tersebut.
Adakah saya perlu membayar sebarang caj tambahan kepada pemandu sekiranya pesanan tersebut gagal dihantar dan perlu dipulangkan?
Tidak, anda tidak perlu membayar sebarang caj tambahan kepada pihak logistik untuk mendapatkan bungkusan yang dipulangkan. Bungkusan tersebut akan cuba dihantar sebanyak 3 kali dalam 3 hari selepas pengambilan. Jika penghantaran masih gagal, ia akan dipulangkan dalam masa 3 hari.Bolehkah saya menyahaktifkan perkhidmatan Hari Sama dari kedai saya?
- Ya, anda boleh menyahaktifkan perkhidmatan Hari Sama di pusat penjual (seller center).

Di manakah saya boleh mendapatkan butiran perhubungan kurier untuk pemandu pengambilan perkhidmatan Hari Sama?
Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah- Pergi ke Urus pesanan dan pilih pesanan yang anda ingin menyemak butiran perhubungan kurier.
- Pilih "Lihat logistik" dan butiran perhubungan pemandu akan tersedia di bawah bahagian pengesanan logistik.


















