Pemintasan Jenama

Apakah itu Pemintasan Jenama?

Pemintasan jenama merujuk kepada sebarang kaedah yang digunakan untuk mengaburkan, mengubah atau memanipulasi tanda jenama bagi mengelakkan pengesanan pelanggaran harta intelek (IP). Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  1. Halangan fizikal terhadap tanda jenama (contohnya pelekat, contengan, kertas, lapisan teks, mozek, pita dan sebagainya); dan
  2. Menggunakan ejaan yang diubah, simbol atau jarak di antara huruf untuk mengubah suai nama jenama dalam teks.

Apakah beberapa contoh Pemintasan Jenama?

Berikut merupakan beberapa contoh biasa bagi pemintasan jenama.
  • Menutupi maklumat jenama dengan kesan digital seperti kesan mozek/kabur
  • Emoji, grafik atau teks yang melapisi atas maklumat jenama
  • Mengaburkan maklumat jenama dengan jari sambil memegang objek
  • Meletakkan objek fizikal seperti kertas atau pelekat di atas logo jenama
  • Mengeja nama jenama dengan salah atau memasukkan simbol, nombor atau ruang untuk mengelakkan pengesanan berasaskan teks (contohnya “Nik3”, “N!ke”, “N i k e”; “Addidas” dan bukannya “Adidas”).

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan risiko Pemintasan Jenama?

Petua yang berikut boleh membantu anda mengurangkan risiko pemintasan jenama. TikTok tidak dapat memberi anda nasihat undang-undang, jadi jika anda mempunyai soalan atau kebimbangan berkenaan hak atau tanggungjawab anda, anda mungkin ingin mendapatkan nasihat undang-undang bebas.
Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk melaksanakan perkara yang berikut:
  • Hormati hak harta intelek: Berhati-hati dan hormati hak harta intelek pihak ketiga. Penting untuk mengetahui bahawa kekurangan pengetahuan tidak dapat bertindak sebagai pertahanan yang sah terhadap pemintasan jenama. Oleh itu, sebelum menggunakan mana-mana logo, nama jenama, bentuk, slogan, atau bahan lain yang dilindungi dalam produk atau kandungan anda, selidik sama ada semua ini dilindungi oleh tanda dagangan atau hak IP lain. Anda boleh melawati pangkalan data tanda dagangan rasmi (seperti pangkalan data Organisasi Harta Intelektual Dunia (WIPO)), dan/atau pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas sekiranya perlu untuk memastikan anda mengetahui dan menghormati mana-mana tanda dagangan yang berkaitan dengan kandungan atau produk anda.
  • Dapatkan kebenaran: Jika anda berhasrat untuk menggunakan logo, nama jenama, atau mana-mana bahan harta intelek lain yang bertanda dagangan, sila pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas untuk memahami cara terbaik untuk mendapatkan kebenaran daripada pemilik hak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat artikel Kelayakan Jenama.
  • Penerangan produk yang jelas: Berikan penerangan produk yang tepat dan jelas yang menyampaikan sifat dan asal usul setiap produk dengan jelas. Jika item serasi atau melengkapi jenama yang wujud, nyatakan dengan jelas bahawa produk tersebut tidak bersekutu atau disokong oleh jenama tersebut.
✔️ LAKUKAN: Menyenaraikan produk dengan imej yang jelas dan berkualiti tinggi supaya ciri utama (contohnya, logo) dapat dilihat dengan jelas ❌ ELAKKAN: Meletakkan grafik yang tidak perlu seperti pelekat pada kawasan yang biasanya nama/logo jenama diletakkan
  • Asli: Tumpukan untuk mencipta kandungan dan produk yang asli. Elakkan daripada memasukkan nama jenama, bentuk, atau logo tertentu dalam kandungan atau produk anda, dan sebaliknya gunakan alternatif generik. Contohnya, daripada menyebut jenama minuman ringan tertentu, rujuk produk sebagai "soda" atau "minuman berkarbonat". Dengan cara ini, anda boleh mewujudkan identiti dan jenama unik anda sendiri.
  • Kekal termaklum tentang peraturan: Biasakan diri anda dengan undang-undang harta intelektual dan peraturan e-dagang dalam TikTok Shop dengan membaca Dasar Antipemalsuan dan Tiruan TikTok Shop dan Dasar Harta Intelektual TikTok Shop.

Apakah yang akan berlaku jika saya melanggar garis panduan ini?

Jika anda didapati melanggar garis panduan ini, akaun anda mungkin akan dikenakan tindakan penguatkuasaan. Anda harus menyedari bahawa kesalahan yang berulang akan menyebabkan penalti yang lebih berat.
Penjual: Sila baca artikel Sebab Pelanggaran, Mata & Tindakan Penguatkuasaan kepada Penjual dan Terma Perkhidmatan Penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap anda merupakan suatu kesilapan, sila buat rayuan melalui Pusat Penjual. Sila baca artikel Garis Panduan Rayuan Penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pencipta: Jika anda ialah pencipta, sila baca artikel Sebab Pelanggaran, Mata & Tindakan Penguatkuasaan kepada Pencipta dan Terma Perkhidmatan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap anda merupakan suatu kesilapan, sila buat rayuan melalui Aplikasi TikTok. Sila baca artikel Garis Panduan Rayuan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sila klik di sini untuk membaca Dasar Antipemalsuan dan Tiruan TikTok Shop.