Atome Buy Now Pay Later (BNPL) x TikTok Shop Malaysia
Mulai Khamis, 20 Julai 2023, TikTok Shop akan mengadakan kerjasama rasmi kami dengan Atome untuk memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menggunakan Atome Buy Now Pay Later (Beli Sekarang Bayar Kemudian ataupun dikenali sebagai BNPL) untuk memecahkan pembayaran bagi pesanan TikTok Shop mereka kepada ansuran (installments) 3 atau *6 bulan.*Mengikut kawalan risiko dan dasar Atome, ada kemungkinan sesetengah pelanggan tidak akan dapat mengguna Atome. Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh hubungi support@atome.my.




Apakah itu Atome Buy Now Pay Later (BNPL)?
Atome Buy Now Pay later (BNPL) ialah perkhidmatan cara pembayaran yang ditawarkan oleh Atome Malaysia untuk pengguna Atome membeli sekarang dan bayar kemudian untuk produk yang mereka inginkan.Bagaimanakah Atome Buy Now Pay Later (BNPL) berfungsi di TikTok Shop?
Dengan kerjasama dan integrasi Atome BNPL dalam ekosistem pembayaran TikTok Shop, pelanggan TikTok Shop yang mempunyai akaun berdaftar Atome yang sah di Malaysia kini boleh membuat pembelian serta-merta dan membayarnya kemudian melalui ansuran (installments) 3 bulan dengan faedah 0% atau 6 bulan (dengan yuran perkhidmatan 1.5% sebulan) daripada mana-mana peniaga TikTok Shop (peniaga tempatan dan peniaga cross border) melalui Atome.Berikut ialah cara Atome akan berfungsi dari sudut pandangan pelanggan untuk rujukan anda:Persediaan buat kali pertama

Cara membuat pesanan dengan Atome 3 Bulan

Cara untuk membuat pesanan dengan Atome 6 Bulan

Manfaat-manfat Atome BNPL untuk peniaga
- Menjual produk dengan harga lebih tinggi dan meningkatkan Nilai Pesanan Purata (AOV) anda. 🛒
- Memberikan pilihan kepada pelanggan untuk membuat pesanan dan membayar pada masa yang akan datang tanpa faedah 0% (ansuran 3 bulan) atau yuran perkhidmatan yang terendah 1.5% sebulan (ansuran 6 bulan).
- Mereka akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi untuk berbelanja lebih dan juga berkemungkinan untuk melakukan checkout tanpa berasa tergesa-gesa (kemungkinan untuk mereka menambah lebih banyak item pada troli beli-belah mereka).
- Dapatkan pelanggan baru! Meningkatkan kadar penukaran dan jualan secara keseluruhan. 📈

Soalan-Soalan Lazim (FAQs)
- Sebagai peniaga, di manakah saya boleh menyertai atau mendaftar untuk menawarkan pelanggan keupayaan untuk membayar menggunakan ansuran Atome untuk kedai saya?
- Ansuran Atom 3 bulan dan 6 bulan diaktifkan secara automatik untuk semua peniaga yang berniaga dalam TikTok Shop Malaysia (peniaga tempatan dan peniaga cross border) mulai Khamis, 20 Julai 2023.
- Cara pembayaran akan disediakan hanya untuk pelanggan yang memenuhi kriteria tersebut:
- Dengan akaun Atome yang sah
- Mempunyai aplikasi Atome pada telefon bimbit mereka dan telah sambungkan akaun Atome mereka ke dalam aplikasi TikTok
- Adakah pelanggan perlu membayar sebarang yuran perkhidmatan untuk menggunakan ansuran Atome 3 atau 6 bulan?
- Adakah pelanggan perlu membayar jenis bayaran tambahan lain untuk menggunakan ansuran Atome 3 atau 6 bulan?
- Selain daripada yuran perkhidmatan yang dicaj oleh Atome untuk ansuran 6 bulan (1.5% yuran perkhidmatan setiap bulan), Atome tidak akan caj sebarang yuran tambahan atau yuran lain selagi pelanggan mengikut jadual pembayaran dan membayar Atome secara tepat.
- Walau bagaimanapun, jika terdapat kes pelanggan tidak memenuhi jadual pembayaran, Atome tetap akan ada bayaran tambahan yang akan dicaj kepada pelanggan. Sila semak syarat-syarat produk Atome untuk yuran yang berkenaan di sini.
- Pelanggan boleh memilih untuk memecahkan pembayaran mereka kepada 3 atau 6 bulan berasingan. Adakah ini bermakna saya juga akan dibayar dalam 3 atau 6 bulan berasingan? Bagaimanakah saya akan menerima bayaran daripada pelanggan saya jika mereka membayar melalui cara pembayaran ini?
- Jangan risau. Anda akan menerima bayaran penuh anda seperti biasa.
- Apabila pesanan pelanggan telah ditandakan sebagai selesai, anda akan menerima jumlah yang diselesaikan kepada Baki Akaun Peniaga anda seperti biasa dalam tempoh (D+6)+1.
- Sebagai peniaga, saya biasanya akan dibilkan oleh TikTok Shop untuk Yuran Transaksi sebanyak 2.12% (termasuk cukai) untuk setiap pesanan pelanggan yang berjaya diselesaikan,. Adakah saya masih akan dikenakan Yuran Transaksi ini? Adakah terdapat yuran peniaga berbeza berasingan yang perlu saya tanggung untuk perkhidmatan BNPL ini?
- Tiada yuran baru tambahan perlu dibayar untuk perkhidmatan BNPL ini. Kami hanya akan mengutip Yuran Transaksi yang kami telah biasa mengutip iaitu Yuran Transaksi 2.12% (termasuk cukai DST). Setiap pesanan pelanggan yang telah dibayar dan dikira sebagai pesanan selesai melalui Atome hanya akan dikenakan Yuran Transaksi yang kami biasa mengutip iaitu Yuran Transaksi 2.12% (termasuk cukai DST).
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Yuran Transaksi biasa yang kami kutip, sila lawati panduan kami di sini.
- Bolehkah pelanggan saya membayar ansuran Atome mereka lebih awal?
- Ya. Pelanggan boleh membayar lebih awal 3 hari selepas tarikh pesanan dengan mengikut langkah-langkah di bawah:

- Apakah kadar kecekapan bayaran balik jika pelanggan ingin melakukan bayaran balik penuh atau bayaran balik separuh?
- Untuk bayaran balik penuh, sebaik sahaja bayaran balik berjaya diproses, sebarang ansuran yang belum dibayar akan dibatalkan dan jumlah yang telah dikenakan akan dikembalikan kepada kad debit atau kredit pelanggan dalam masa 3-15 hari perniagaan.
- Dengan bayaran balik separuh, setelah bayaran balik berjaya diproses, jumlah bayaran balik akan dikeluarkan daripada ansuran berjadual seterusnya dahulu. Sebarang lebihan baki akan dipulangkan kepada kad debit atau kredit pelanggan dalam masa 3-15 hari perniagaan.
- Mengapakah pelanggan saya tidak dapat melihat Atome sebagai pilihan pembayaran semasa membuat pesanan?
- Sila pastikan pelanggan sudah mempunyai aplikasi Atome, mempunyai akaun Atome yang sah, meningkatkan versi aplikasi TikTok kepada 30.1 dan ke atas dan cuba lagi. Jika mereka masih tidak dapat melihat pilihan pembayaran Atome, sila minta mereka menghubungi perkhidmatan pelanggan TikTok Shop untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.
- Sila ambil perhatian bahawa oleh disebabkan dasar dan kawalan risiko Atome, ada kemungkinan sesetengah pengguna TIDAK boleh membayar melalui ansuran 6 bulan Atome.
- Jika pelanggan ingin menggunakan Atome, adakah had transaksi minimum atau maksimum?