Penyelesaian Pembayaran
Tempoh Penyelesaian pembayaran merujuk kepada tempoh antara tarikh pesanan anda telah dihantar hingga tarikh anda dibayar untuk pesanan tersebut.

Apakah perbezaan tempoh penyelesaian pembayaran dan bilakah tempoh tersebut dikenakan?
TikTok Shop menggunakan tempoh penyelesaian pembayaran yang berbeza berdasarkan jenis kedai dan aktiviti akaun anda. Tempoh penyelesaian yang berkenaan menentukan masa pendapatan anda akan dikeluarkan selepas pesanan dihantar.
Terdapat empat tempoh penyelesaian yang boleh digunakan di kedai anda:- Penyelesaian Ekspres: 1 hari kalendar
- Terpakai kepada kedai TikTok Shop Mall yang layak dan memenuhi kriteria tertentu.
- Penyelesaian Pantas: 3 hari kalendar
- Terpakai secara lalai kepada kedai yang telah melepasi Tempoh Penyelesaian Kedai Baru.
- Penyelesaian Standard: 8 hari kalendar
- Digunakan secara lalai untuk kedai yang bukan sebahagian daripada TikTok Shop Mall.
- Penyelesaian Lanjutan: 15 hari kalendar
- TikTok Shop boleh melaraskan tempoh penyelesaian anda berdasarkan penilaian aktiviti kedai anda, keseluruhan risiko akaun atau apa-apa pelanggaran dasar yang dikesan. Akibatnya, tempoh penyelesaian kedai tertentu boleh dilanjutkan kepada 15 hari kalendar.
Perhatian: Dalam kes yang terdapat tanda aktiviti tidak normal atau berkemungkinan berbahaya, kami boleh melanjutkan tempoh penyelesaian selanjutnya sehingga maksimum 30 hari kalendar bagi melindungi pembeli dan mengekalkan integriti platform.
Walau apa pun yang dinyatakan di atas, kami juga boleh mencuba tempoh penyelesaian yang berbeza untuk kedai anda dari semasa ke semasa.
Kelewatan Pembayaran Subsidi/Pampasan
Bagi melindungi platform daripada penipuan dengan lebih baik, tempoh penyelesaian bagi subsidi penghantaran yang dibiayai oleh platform atau pampasan atas sebab yang bukan berpunca daripada penjual mungkin hanya akan dibuat sekitar 3 hari kalendar selepas pesanan selesai. Masa penyelesaian sebenar mungkin berbeza sekiranya siasatan lanjut diperlukan dan tertakluk pada budi bicara TikTok Shop (yang dilaksanakan secara munasabah).Semua tempoh penyelesaian lain kekal tidak berubah dan akan ditentukan mengikut dasar ini.
Bilakah kedai saya layak untuk Penyelesaian Pantas?
Kedai anda akan layak untuk Penyelesaian Pantas apabila kedai anda memenuhi syarat berikut dalam sebulan yang diberikan:
- Anda dan kedai anda tidak boleh didapati menyalahi sebarang aktiviti penghantaran palsu.
- Kedai anda mestilah melepasi tempoh percubaan untuk kedai baru.
- Kedai anda mestilah sebahagian daripada TikTok Shop Mall dengan Penilaian Kedai sekurang-kurangnya 4.5
Sila ambil perhatian bahawa jika kedai anda sedang menikmati Penyelesaian Ekspress tetapi gagal memenuhi kriteria bulan ini, Penyelesaian Pantas akan dikenakan pada bulan depan.
Kami juga boleh mengenakan Penyelesaian Lanjutan pada kedai anda jika kami mengesan sebarang pelanggaran lain terhadap dasar kami.
Di manakah saya boleh memeriksa Tempoh Penyelesaian kedai saya?
Terdapat dua kaedah untuk memeriksa Tempoh Penyelesaian yang dikenakan di kedai anda:
- Pusat Penjual > Kesihatan Akaun > Kesihatan Kedai

- Pusat Penjual > Kewangan > Transaksi > Untuk Diselesaikan

Bagaimanakah Komisen Pencipta akan terjejas?
Selaras dengan Terma Penggunaan Pencipta, pencipta hanya boleh menerima komisen mereka selepas pesanan penjual diselesaikan. Oleh itu, pembayaran komisen pencipta akan bergantung pada jenis tempoh Penyelesaian penjual.
Sila baca Dasar Penyelesaian Penjual TikTok Shop kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.