Kadar Pembatalan Kesilapan Penjual (SFCR)
Apakah Kadar Pembatalan Yang Disebabkan Oleh Penjual (SFCR)?
Kadar Pembatalan Yang Disebabkan Oleh Penjual ialah peratusan semua pesanan (sepanjang tempoh 7 hari kalendar) yang dibatalkan oleh penjual atau disebabkan oleh kesilapan penjual.
- SFCR merangkumi semua:
- Pembatalan yang dimulakan oleh penjual kerana kesilapan penjual (contohnya, kehabisan stok, harga yang salah)
- Auto-Pembatalan disebabkan kegagalan penjual untuk menyediakan/menyerahkan bungkusan kepada pembekal logistik dalam tempoh tarikh akhir pembatalan automatik. Jika anda menghadapi masalah penghantaran atau pengambilan, sila rujuk artikel Cara Menghubungi Penyedia Logistik Secara Terus.
Pengiraan sampel
- 100 pesanan telah dibuat
- 20 pesanan telah dibatalkan disebabkan oleh kesilapan penjual
- 5 pesanan dibatalkan secara automatik
- SFCR penjual ialah 25%.
Di manakah saya boleh menemukan SFCR saya?
Anda boleh menemukan SFCR anda pada bahagian Kesihatan Kedai dalam Pusat Penjual.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak memenuhi sasaran di atas?
Tindakan penguatkuasaan mungkin dikenakan bergantung pada tahap ketinggian SFCR anda.
Had Jumlah Pesanan dan potongan mata Penilaian Kesihatan Akaun (AHR) mungkin akan dikenakan seperti yang berikut:Kadar Pembatalan Kesilapan Penjual (SFCR) | Pesanan yang dibatalkan atas kesilpan penjual | Tindakan Penguatkuasaan |
≥10% tetapi <30% | <30 |
|
≥30% |
| |
≥10% tetapi <30% | ≥30 |
|
≥30% tetapi <50% |
| |
≥50% |
|
Apakah yang akan berlaku jika saya melanggar garis panduan ini?
Jika anda didapati melanggar garis panduan ini, akaun anda mungkin akan dikenakan tindakan penguatkuasaan. Anda harus menyedari bahawa kesalahan yang berulang akan menyebabkan penalti yang lebih berat.
Sila baca artikel Dasar Penguatkuasaan Penjual dan Terma Perkhidmatan Penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap anda merupakan suatu kesilapan, sila buat rayuan melalui Pusat Penjual. Sila baca artikel Garis Panduan Rayuan Penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut.