Kandungan Tidak Interaktif - Cara Mengelakkan Pelanggaran
Memahami Pelanggaran "Kandungan Tidak Interaktif" dan Sebab Perkara Ini Penting
Kandungan Tidak Interaktif ialah bentuk kandungan berkualiti rendah yang tidak mempunyai aktiviti bermakna pada skrin (cth. kebanyakannya imej pegun atau pemandangan statik) atau tiada interaksi lisan masa nyata yang berterusan dengan penonton (cth. suara yang dirakam atau dijana komputer, muzik atau hingar latar belakang dan bukannya interaksi live dengan audiens). Hal ini termasuk kandungan dengan:
- Visual Statik atau Pasif: Video yang mengandungi banyak imej pegun, tangkapan skrin atau rakaman skrin. Ini juga termasuk klip video tidak berkaitan yang ditindih dengan imej atau teks pegun tentang produk.
- Kekurangan Interaksi Lisan dalam Strim live: Strim live tanpa interaksi lisan masa nyata dan berterusan dengan audiens.
- Perhatian: Video Pendek Berulang tanpa interaksi lisan boleh dianggap sebagai "Spam". Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut Artificial Engagement, Spam and Other Inauthentic Engagement Practices
- Strim live Berulang atau Pegun: Strim live yang menampilkan visual, tayangan slaid atau kandungan berulang yang pegun (cth. GIF berulang) dan bukannya aktiviti secara langsung yang mempunyai interaksi dengan audiens.
Nota: Kandungan dengan bahasa atau gerak isyarat yang melampau dan menyinggung (Penggunaan bahasa atau tingkah laku yang kasar, lucah, tidak senonoh atau berunsur seksual serta isyarat tangan yang tidak wajar) juga dianggap sebagai kandungan berkualiti rendah.
Mengapakah perkara ini penting?
Penonton lebih menyukai kandungan yang interaktif, mempunyai interaksi dan asli. Apabila anda berinteraksi secara langsung dengan audiens sambil mempamerkan produk anda secara aktif, anda akan dapat membina kepercayaan dan menggalakkan pembelian.
Sebaliknya, kandungan tidak interaktif—seperti imej pegun atau adegan berulang—boleh menyebabkan rasa berulang dan tidak mesra, menyebabkan tahap interaksi lebih rendah dan jualan menjadi lebih kurang.
Petua untuk menambah baik kandungan anda- Pastikan latar belakang anda kemas dan tidak berselerak.
- Tunjukkan dan demonstrasikan produk yang sebenar jika boleh.
- Kekal hadir dan berinteraksi sepanjang strim live anda — gunakan fungsi Jeda jika hendak keluar.
- Elakkan daripada menggunakan imej pegun; jika perlu, imej mesti meliputi <50% daripada skrin dan tidak menutupi anda.
- Pastikan anda kelihatan pada skrin atau tunjukkan tindakan yang bermakna (cth., demonstrasi produk).
- Dapatkan sampel percuma daripada Pasaran Produk untuk digunakan dalam kandungan anda. Ketahui lebih lanjut di sini.
Contoh lazim Kandungan Tidak Interaktif
1. Strim live atau video menggunakan imej pegun yang besar
Paparan berulang atau Tayangan Slaid imej pegun/teks/GIF
❌ Penonton mendapati jenis kandungan ini membosankan dan berulang, kerana mengulangi maklumat yang dapat dilihat oleh mereka pada Tab Kedai.
Imej/teks yang bertindih atau bersebelahan rakaman yang tidak relevan
❌ Menambah rakaman yang tidak relevan atau mengganggu tidak menambah baik kandungan. Kandungan itu masih dianggap sebagai sebahagian besar imej pegun dan kurang nilai bermaklumat.
Keterlihatan pencipta dihalang oleh imej pegun
❌ Menutupi wajah pencipta akan dikira sebagai kandungan yang kebanyakannya terdiri daripada imej pegun dan tidak bersifat interaktif. Kandungan sebegini lebih mengganggu berbanding interaktif.
2. Strim live atau video dengan pergerakan atau interaksi minimum
❌ Elakkan daripada meletakkan produk di atas meja yang berputar/berpusing, dengan video yang tidak berkaitan dimainkan pada latar depan atau pada tempat pencipta tidak dapat dilihat pada kamera.
Adegan Pegun atau Berulang
Kandungan dengan visual yang tidak berubah atau dinamik menyebabkan penonton kehilangan minat dengan mudah. Pastikan adegan kekal dinamik untuk mengekalkan perhatian.
Kurang Interaksi Live
Strim live bergantung pada interaksi masa nyata. Hanya membuat isyarat tanpa bercakap, memberikan penjelasan atau membalas komen akan mengurangkan penglibatan penonton.
Demonstrasi Produk yang Lemah
Penonton perlu melihat cara produk berfungsi atau kepentingan produk. Paparan pasif (cth. item kecantikan yang berputar pada tempat letak) tidak setanding dengan demonstrasi secara langsung seperti menguji atau berkongsi petua peribadi.
Amalan Terbaik untuk Mengelakkan Pelanggaran Kandungan Tidak Interaktif
✅ Pastikan Anda Kelihatan & Pamerkan Produk dengan Jelas
- Pastikan muka anda jelas kelihatan pada kamera—elakkan pertindihan atau imej yang menghalang muka atau badan anda.
- Anda boleh zum masuk pada produk (cth., jam tangan) tetapi pastikan sebahagian daripada diri anda kekal kelihatan.
- Tunjukkan ciri produk semasa sedang digunakan, menggunakan sudut dan tahap zum berlainan untuk mengekalkan penglibatan penonton.
✅ Bercakap & Berinteraksi pada Masa Nyata
- Perkenalkan produk secara lisan dengan menekankan ciri utama produk dan pengalaman anda sendiri menggunakan produk.
- Semasa Strim live, jawab komen secara aktif. Jika boleh, baca komen dengan kuat sebelum membalas untuk memastikan semua penonton memahami perbualan.
✅ Gunakan Fungsi JEDA Apabila Diperlukan [Strim LIVE sahaja]
- Jika perlu beredar seketika, teruskan bercakap untuk kekal berinteraksi.
- Gunakan butang JEDA jika anda beredar lebih daripada 2 minit (maksimum 5 minit).
- Jika tempoh jeda melebihi had atau telah digunakan sebanyak 3 kali, sila akhiri sesi dan mulakan sesi strim live baru apabila anda bersedia.
- Jika anda mengalami masalah teknikal atau mikrofon, segera JEDA siaran LIVE.
- Untuk menggunakan fungsi JEDA, navigasi ke "..." (bawah kanan) -> JEDA LIVE
Untuk mendapatkan contoh kandungan berkualiti tinggi, baca artikel Kandungan E-dagang Berkualiti Tinggi kami!
Apakah Yang Akan Berlaku Jika Saya Melanggar Garis Panduan Ini?
Jika anda melanggar garis panduan ini, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap kandungan atau akaun anda. Kesalahan berulang akan menyebabkan penalti yang lebih berat. Sila lihat Creator Enforcement Policy dan Terma Perkhidmatan Pencipta kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan dikenakan secara tersilap, sila buat rayuan melalui Aplikasi TikTok. Sila baca artikel Creator Appeal Guidelines kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.