Pengubahan Hala Trafik

Pengubahan hala trafik berlaku apabila penjual atau pencipta memasukkan pautan, nombor telefon, nama pengguna media sosial, kod QR, rujukan atau 'seruan tindakan' lain yang menggalakkan pengguna meninggalkan TikTok Shop (atau menghalakan mereka ke platform lain).
Nota: "Kandungan" mungkin dipaparkan dalam pelbagai bentuk, termasuk tetingkap kedai e-dagang, video dan siaran langsung. Kandungan yang disertakan pada muka depan, tajuk, hiperpautan, pautan hos, perihalan dan ciri lain juga tertakluk pada garis panduan kami.

Mengapakah Kami Mengawal Trafik?

TikTok Shop tidak dapat menjamin keselamatan atau sekuriti transaksi dan aktiviti lain yang berlaku di luar platform kami. Pautan ke laman web lain yang tidak dikawal oleh platform kami mungkin menimbulkan risiko keselamatan dalam talian kepada pengguna kami, seperti penipuan, pemancingan data atau pengumpulan maklumat pelanggan yang tidak sah.
Oleh itu, untuk memberikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang selamat kepada pengguna kami, penjual dan pencipta perlu mengelak daripada mengubah hala pengguna ke laman web atau platform luaran semasa menggunakan TikTok Shop.

Apakah Yang Dikatakan Sebagai Mengubah Hala Trafik?

image
  • Contoh A - Jangan gesa pengguna untuk mengklik pautan dalam bio profil anda yang dipautkan ke laman lain.
    • "Beli lebih banyak produk di sini [pautan ke laman web luaran]"
    • "Klik pada pautan untuk membuat pembelian"
    • "Menjual setiap hari [nombor telefon untuk dihubungi]"
    • "Masukkan saya di Messenger XYZ untuk membuat pesanan"
  • Contoh B - Jangan umumkan bahawa produk yang sedang dipromosikan dalam video tersedia di laman web lain atau mempunyai diskaun yang ketara yang hanya tersedia di laman web lain, dan menyebut alamat laman tersebut.
    • "Klik pada pautan dalam bio saya untuk membeli lebih banyak lagi produk"
    • "Imbas kod QR ini untuk membeli produk kami atau produk"
    • "Ikuti kami di [laman web] untuk melihat lebih banyak produk"
    • "Untuk penghantaran percuma atau diskaun, klik pautan"
      image
  • Contoh C - Jangan nyatakan bahawa pelanggan yang berminat untuk mendapatkan butiran lanjut, seperti produk borong, boleh menghubungi anda melalui platform lain.
    • "Beli-belah melalui pautan di atas atau www.[nama].com"
    • "Pergi ke halaman kami untuk membuat pembelian"
    • "Hubungi saya melalui [platform lain] untuk mendapatkan maklumat lanjut"
  • Contoh D - Jangan tunjukkan cara membuat pembelian daripada laman web anda yang lain
    • "Klik pautan untuk memesan di [nama platform]"

Cara untuk Mengelakkan Pengubahan Hala Trafik

TikTok mementingkan keselamatan pengguna dalam talian kami. Oleh sebab itu, TikTok Shop boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjual atau pencipta yang mengubah hala trafik.
Untuk mengelakkan perkara ini, berikut merupakan beberapa garis panduan yang berguna untuk mengelakkan pengubahan hala trafik:
  • Elakkan daripada menyertakan pautan luaran, nama pengguna, laman web atau maklumat hubungan dalam penerangan produk atau kandungan anda.
  • Elakkan daripada memberikan maklumat laman web luaran dalam bahagian komen anda.
  • Elakkan daripada meminta audiens anda mengklik pautan di luar skop video anda.
  • Elakkan daripada berkongsi nama pengguna media sosial, pautan, ID dan nombor telefon anda dalam bio anda.
  • Elakkan daripada meminta audiens berinteraksi secara tersurat/tersirat melainkan tindakan tersebut berkaitan dengan TikTok Shop.
  • Elakkan daripada meminta audiens mengikuti atau berinteraksi dengan nombor telefon dan maklumat peribadi lain dalam bio, penerangan video atau video anda.
  • Elakkan daripada memaut ke promosi atau tawaran luaran secara tersurat/tersirat.

Apakah yang akan berlaku jika saya melanggar garis panduan ini?

Jika anda didapati melanggar garis panduan ini, akaun anda mungkin akan dikenakan tindakan penguatkuasaan. Anda harus sedia maklum bahawa kesalahan yang berulang akan menyebabkan penalti yang lebih berat. Sila baca artikel Panduan Penilaian Prestasi Pencipta TikTok Shop dan Terma Perkhidmatan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda berpendapat bahawa tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap anda merupakan suatu kesilapan, sila buat rayuan melalui Aplikasi TikTok. Sila baca artikel Garis Panduan Rayuan Pencipta untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sila baca Garis Panduan Kandungan TikTok Shop kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Soalan Lazim

Mengapakah saya tidak dapat menambahkan laman web sendiri pada kandungan saya?
  • Kami tidak dapat menjamin kesahihan atau keselamatan platform atau laman web lain, dan keutamaan kami adalah untuk mengekalkan persekitaran membeli-belah yang selamat dan terjamin untuk semua pengguna kami dalam platform kami.