TERMA DAN SYARAT PEMBIDAAN LIVE (PEMBELI)

TERMA DAN SYARAT PEMBIDAAN LIVE
1. Pembidaan LIVEPembidaan LIVE ialah ciri yang membolehkan pengguna ("Peserta") menyerahkan tawaran untuk membuat pembelian ketika strim LIVE terpilih daripada penjual pihak ketiga ("Penjual"). Peserta boleh membuat tawaran secara manual atau menetapkan tawaran pembelian maksimum yang akan mendayakan penyerahan automatik berdasarkan had terpilih Peserta.Penglibatan TikTok (entiti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan dan Jualan TikTok Shop (Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Filipina), "TikTok", "kami", "kita") adalah terhad kepada menyediakan ciri produk untuk Pembidaan LIVE. Acara pembidaan LIVE termasuk dalam tanggungjawab Penjual sepenuhnya. Sila ambil maklum bahawa TikTok bukanlah pihak bagi mana-mana kontrak jualan yang dimuktamadkan antara anda (sebagai Peserta) dengan Penjual.Terma ini tertakluk pada dan akan termasuk juga, Terma Perkhidmatan TikTok, Terma Penggunaan dan Jualan TikTok Shop (Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Filipina), Dasar Privasi TikTok dan sebarang terma dan dasar lain yang berkenaan, seperti yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa mengikut terma yang terkandung di dalamnya (secara keseluruhan, "Dasar TikTok"). Sekiranya berlaku apa-apa konflik antara Terma ini dengan Dasar TikTok yang lain, Terma ini akan diutamakan. Kami berhak untuk menggantung, menangguhkan atau mengeluarkan Pembidaan LIVE pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.Harap maklum bahawa Pembidaan LIVE hanya tersedia di negara yang layak. Sama ada anda layak untuk menyertai Pembidaan LIVE akan bergantung pada negara bermastautin anda dan pemenuhan keperluan kelayakan seperti yang diterangkan di bawah. Untuk tujuan ini, data akan diproses mengikut Dasar Privasi TikTok.Harap maklum bahawa sesiapa pun yang ada dalam acara Pembidaan LIVE boleh melihat tawaran yang diserahkan oleh Peserta lain sepanjang LIVE tersebut.Pemasa kiraan detik akan dipaparkan ketika acara Pembidaan LIVE dan semua bida mestilah diserahkan sebelum pemasa kiraan detik tamat. Peserta yang telah membuat bida tertinggi selepas pemasa tamat ("Pembida Tertinggi") akan bersetuju untuk membeli item tersebut.Terdapat dua jenis Pembidaan LIVE yang boleh disertai oleh Peserta: Tetap: Pemasa kiraan detik (countdown timer) adalah muktamad - pembidaan akan tamat semasa pemasa kiraan detik menjadi sifar, tanpa penambahan masa tambahan. Pelanjutan: Jika bida dibuat ketika detik akhir sesi Pembidaan LIVE, pemasa akan dilanjutkan secara automatik dengan setiap bida baru. Tempoh lanjutan akan dikonfigurasikan oleh penjual dan dipaparkan pada antara muka pengguna. Lanjutan ini boleh berlaku berbilang kali sehingga tiada lagi bida selanjutnya yang dibuat sebelum pemasa tamat tempoh.Penjual bertanggungjawab untuk memberitahu Peserta sama ada sesi Pembidaan LIVE mengikut format dilanjutkan atau tidak dan, jika berkenaan, tempoh bagi setiap lanjutan itu.
2. KelayakanUntuk menyertai Pembidaan LIVE, anda sebagai Peserta, mestilah: Mempunyai kaedah pembayaran dan alamat penghantaran yang disahkan dalam akaun anda. Mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Mempunyai reputasi yang bagus di TikTok.
3. Membuat BidaAnda mestilah memasukkan atau mengemaskinikan kaedah pembayaran dan alamat penghantaran anda sebelum membuat bida. Kaedah pembayaran anda mungkin dikenakan caj nominal buat sementara waktu, kemudian caj tersebut akan dikreditkan kembali ke akaun anda.Dengan membuat bida, anda membuat tawaran yang mengikat dari segi undang-undang untuk memasuki kontrak dengan Penjual item tersebut jika anda merupakan Pembida Tertinggi pada akhir acara Pembidaan LIVE.Bida maksimum yang dibenarkan untuk apa-apa item ialah SGD20,000 untuk Singapura, MYR25,000 untuk Malaysia, VND200,000,000 untuk Vietnam, THB50,000 untuk Thailand atau PHP500,000 untuk Filipina dan tiada bida boleh melebihi amaun terdahulu. Jika bida dengan amaun yang tinggi dibuat, pembeli pertama dalam sesi Pembidaan LIVE yang menyerahkan bida sedemikian akan menjadi Pembida Tertinggi secara automatik untuk item tersebut.Amaun bida tidak termasuk apa-apa caj penghantaran dan pengendalian yang berkenaan (jika berkenaan), semuanya akan ditambahkan pada amaun akhir yang dikenakan secara automatik jika anda merupakan Pembida Tertinggi. Jika cukai berkenaan terpakai, amaun bidak akan termasuk cukai tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai nilai tambah (VAT), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cukai jualan dan perkhidmatan (SST), duti kastam dan apa-apa cukai atau duti import lain yang berkenaan.Jika kefungsian tersedia, anda boleh memilih untuk menyerahkan amaun bida maksimum ("Bida Maksimum") yang mewakili harga tertinggi yang anda sanggup bayar bagi item tersebut. Penyerahan Bida Maksimum akan membentuk tawaran yang mengikat dari segi undang-undang sehingga amaun Bida Maksimum yang anda nyatakan. Jika anda berbuat demikian, bida akan dibuat secara automatik dengan kenaikan tetap untuk membantu anda mengekalkan status bida anda yang mendahului, sehingga, tetapi tidak melebihi, Bida Maksimum anda. Oleh itu, harga semasa yang dipaparkan mungkin meningkat secara automatik ketika bida pesaing dibuat. Jika Bida Maksimum pembida lain melebihi Bida Maksimum anda, bida anda akan dikeluarkan secara automatik. Sebaliknya, jika Bida Maksimum anda melebihi Bida Maksimum pembida lain, satu bida akan dibuat bagi anda pada amaun yang bersamaan dengan Bida Maksimum pembida lain serta kenaikan tetap di mana bida pembida tersebut akan dikeluarkan secara automatik. Setiap bida automatik yang dibuat mempunyai kesan undang-undang yang sama seakan-akan anda membuat bida secara manual dan terikat dari segi undang-undang. Anda kekal bertanggungjawab untuk semua bida yang dibuat sehingga Bida Maksimum anda, melainkan sebaliknya diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.Selepas sesi Pembidaan LIVE tamat, jika anda merupakan Pembida Tertinggi, satu pesanan akan dicipta secara automatik dan anda akan dikenakan caj dengan serta-merta. Item tersebut akan dihantar kepada alamat penghantaran yang anda berikan atau kepada alamat penghantaran lalai anda jika tiada apa-apa dinyatakan.
4. Pembayaran dan CajPesanan akan dibatalkan jika pembayaran tidak berjaya diselesaikan dalam lingkungan had masa selepas anda diisytiharkan sebagai Pembida Tertinggi, seperti yang ditunjukkan oleh pemasa kiraan detik pada antara muka pengguna, melainkan anda memilih COD (Bayar Waktu Terima) sebagai kaedah pembayaran anda (jika ada). Dalam kes ini, anda mempunyai masa sehingga waktu penghantaran untuk membuat pembayaran tunai.
5. Peraturan Pembidaan Semua bida akan mengikat. Selepas bida dibuat, bida tersebut tidak boleh ditarik balik. Harap maklum bahawa produk yang ditawarkan dalam Pembidaan LIVE mungkin tersedia di mana-mana tempat lain di TikTok Shop pada harga tetap. Sebarang manipulasi dalam proses pembidaan adalah dilarang sekeras-kerasnya dan akan menyebabkan pembatalan, kelayakan dibatalkan, sekatan terhadap keupayaan anda untuk menyertai Pembidaan LIVE dan kemungkinan penggantungan akaun. Kelakuan yang dilarang termasuk, tanpa had: Pembidaan pada item anda sendiri atau bekerjasama dengan orang lain untuk meningkatkan harga secara buatan (pembidaan palsu); Meningkatkan harga secara buatan tanpa niat untuk membuat bayaran atau menyelesaikan pesanan selepas itu (pembidaan khianat); Mengekalkan berbilang pesanan tidak berbayar; atau Terlibat dalam kelakuan berulang yang melibatkan penghantaran COD yang gagal atau penolakan penghantaran. Anda mungkin dialih keluar daripada sesi Pembidaan LIVE jika Penjual mempunyai asas yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat penipuan, penyalahgunaan atau pelanggaran material lain terhadap Terma ini atau apa-apa Dasar TikTok.
6. Dasar Pembatalan, Pemulangan dan Bayaran Balik Pembelian yang dibuat melalui Pembidaan LIVE akan tertakluk pada Dasar Pembatalan, Pemulangan dan Bayaran Balik Pesanan TikTok Shop (Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Filipina). Jika anda membuat permintaan untuk membatalkan pesanan dan/atau memulangkan item yang dibeli melalui Pembidaan LIVE secara berulang kali dengan niat jahat, keupayaan ada untuk menyertai Pembidaan LIVE mungkin disekat. Tiada apa-apa dalam Terma ini akan mempengaruhi hak tarik diri atau pembatalan statutori anda di bawah undang-undang yang berkenaan.
7. Pembatalan Acara Pembidaan LIVEKami berhak untuk membatalkan acara Pembidaan LIVE atau apa-apa transaksi yang dilakukan ketika acara Pembidaan LIVE atas sebab seperti penipuan yang disyaki, isu teknikal yang menghalang acara Pembidaan LIVE daripada berjalan dengan lancar atau atas budi bicara mutlak kami. Sekiranya berlaku isu teknikal, kami atau Penjual mungkin menjalankan semula acara Pembidaan LIVE.Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian force majeure (termasuk bencana alam, aktiviti yang tertakluk pada arahan agensi kerajaan, serangan siber, pandemik, tindakan yang diambil oleh kerajaan yang memenuhi definisi "force majeure"), kegagalan sistem yang layak sebagai "force majeure", tindakan pihak ketiga (selain subkontraktor kami) yang menyebabkan kerugian, kerosakan atau kekecewaan yang ditanggung disebabkan oleh penyertaan anda (atau ketidakupayaan untuk mengambil bahagian) dalam acara Pembidaan LIVE.
8. PenghantaranJika anda merupakan Pembida Tertinggi pada akhir sesi Pembidaan LIVE, item tersebut akan dihantar ke alamat yang anda berikan ketika pembelian atau alamat lalai jika tiada kemaskini dibuat.Sila pastikan alamat penghantaran anda adalah tepat kerana sebarang kelewatan atau isu berkaitan dengan ketidaktepatan alamat penghantaran anda akan menjadi tanggungjawab anda.
9. Pencegahan PenipuanPembeli hendaklah menyelesaikan semua bida, pembelian dan pembayaran secara eksklusif melalui TikTok Shop.Jika anda terlibat dalam transaksi di luar platform, kami tidak akan bertanggungjawab untuk pesanan, pembayaran, kualiti produk, penghantaran, pembatalan, pemulangan dan perkhidmatan bayaran balik atau sebarang kerugian yang berkaitan.Penyertaan dalam transaksi di luar platform mungkin juga menyebabkan sekatan terhadap akaun anda atau akses kepada ciri Pembidaan LIVE.Kami berhak untuk membatalkan sebarang transaksi yang dilakukan melalui Pembidaan LIVE yang disyaki sebagai aktiviti penipuan. Kami berhak untuk membatalkan kelayakan atau menyekat mana-mana Peserta daripada menggunakan kefungsian Pembidaan LIVE jika kami mempunyai asas untuk mempercayai bahawa (i) anda telah mengusik atau cuba mengusik proses atau operasi Pembidaan LIVE; (ii) anda telah melanggar Terma ini atau sebarang Dasar TikTok; (iii) anda telah terlibat dalam apa-apa kelakuan yang tidak menepati tujuan acara Pembidaan LIVE; (iv) anda telah memberikan pernyataan salah atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, jenayah atau penipuan berhubung dengan Pembidaan LIVE; (v) anda telah mengupah mana-mana ejen atau bot atau proses automatik luaran untuk mengambil bahagian bagi pihak anda.
10. Pertikaian dan Undang-undang yang MentadbirTerma ini ditadbir mengikut, dan semua pertikaian yang timbul disebabkan oleh atau berhubung dengan Terma ini akan tertakluk pada undang-undang pentadbiran yang berkenaan dan peruntukan penyelesaian pertikaian bagi Terma Penggunaan dan Jualan TikTok Shop (Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Filipina).
11. Penafian, Pengecualian WarantiKami bertindak semata-mata sebagai penyedia perantara dan hanyalah memudahkan transaksi antara Penjual dengan Anda. Sebagai perantara, kami: BUKANLAH pelelong; menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengesahkan bahawa Penjual memiliki lesen yang diperlukan atau mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan dengan jualan item. tidak membuat perwakilan atau memberikan waranti berkaitan dengan keadaan, ketulenan atau kecergasan untuk tujuan tertentu mana-mana item yang dijual melalui Pembidaan LIVE. Semua tuntutan berkaitan dengan item perlu dilakukan terhadap Penjual.Selain yang dinyatakan dengan jelas dalam Terma ini, kami tidak memberikan apa-apa janji atau komitmen tentang acara Pembidaan LIVE atau kefungsian dalam aplikasi, seperti fungsi khusus Pembidaan LIVE atau kebolehpercayaan, ketersediaan atau keupayaan untuk memenuhi keperluan anda.
12. KebolehasinganJika mana-mana Terma ini yang dinyatakan di sini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau sebaliknya tidak boleh dikuatkuasakan, maka terma tersebut akan dipadamkan daripada Terma ini dan terma yang tinggal akan kekal sah dan kekal berkuat kuasa sepenuhnya.
13. Pengubahsuaian terhadap TermaKami berhak untuk mengubah suai atau mengemaskinikan terma ini dari semasa ke semasa.